Moga lebih tenang wahai dia. Ini yang adil untuk semua. Aku memilih untuk mengalah.
Selain sibuk untuk beberapa minggu kebelakangan ini. Rasso sempat juga membuang masanya pergi ke pantai idaman setiap lelaki suci yang inginkan subjek-subjek cantik di tepian pantai selain mandi manda dengan air laut.
Makanya, kawan aku bilang. Maldives mungkin tempat yang sesuai untuk kau. Kau kan lelaki suci yang sukakan langit biru dan kepul-kepul awan terapung permai di angkasa raya sana. Ujar lelaki solo.
Betul. Nanti bila aku sudah punya wang, kredit kad. Kau ikut aku. Ujar aku pada gadis yang duduk sebelah lelaki solo. Ke mana? Gadis.
Maldives. Aku.
Iyalah, bukan kau juga suka pada pasir pantai yang putih? Eh… bukan ker… Aku.
Kantoi! Lelaki solo.
Disenangkan cerita, aku terpaksa bekerja tanpa gaji selepas minggu ke dua hingga ketiga bekerja. Selepas itu, ambil keputusan untuk menangguhkan kerja sehingga peruntukan dapat. Mujurlah minggu pertama dapat lah merasa sikit hasil kerja walaupun tak lah banyak.
Kini, sudah dua minggu aku terlibat dengan program Celik IT di sekolah-sekolah pintar di sekitar Gelang Patah di bawah naungan Nusajaya.
Itupun, terlibat mengajar murid-murid sekolah rendah. Dah lama sebenarnya tak mengajar murid-murid ni. Walaupun punya pengalaman mengajar murid-murid sekolah rendah sebelum ini, namun kali ini bidang diajar adalah berkaitan ICT.
Kali ini terpaksa berdepan dengan karenah murid yang tak pernah memegang tetikus, terpaksa mengajar macam mana nak mengetik dua kali (double click) pada tetikus. Aduh. Sungguh mencabar kesabaran kalau jari dan tangan itu tidak lembut (auuuwwwW).
Harap-harap dada aku tak sakit lagi.
HA HA HA.

Kir, ada ghades mimpi wa. Bilang aku pada Kir yang sibuk memeluk bantal empuk kaler kuning di kamar sorna aku.
Iya ka? Kir.
Dia acapkali tu dream akan wa tau. Aku. Siap nampak wa lagi tu dia kata. Tapikan, dia kata wa tak bercakap pun dalam mimpi dia tu. Cuba lu tafsir sikit.
Lu Google lah Tajul Muluk. Kir.
Ermmm…. sambil aku meng’google’ perihal frasa kitab Tajul Muluk. Tiada apa yang sangat membantu. Aku tanya dia lagi. Biar betul Kir? Takde pun. Lagipun, dia ada mimpi siang dan malam imejan wa tau. Apa maksud r?
Sambil kir memeluk bantal kaler kuning tu, dia jawab; Kau bukan jodoh dia lah tu. Kalau nampak muka jelas tu, kata orang lah. Sah dia bukan jodoh untuk kau. Tanda-tanda tu, lagipun kan kalau betul dia jodoh kau mesti dia tak akan mimpi nampak wajah kau. Kir.
Owhh… Terus closed tab bar musang api.

Semalam, bermalam minggu di balai seminar DBP Wilayah Selatan. Melihat pementasan teater monodrama Wak Khalid bertajuk ‘Jual Ubat’. Ini bukan pertama kali aku pergi ke sana untuk menonton pementasan teater. Dan malam tadi, aku berpeluang bertemu juga dengan Saudagar Garam di tapak pementasan.
Walaupun, malam minggu ini tanpa ghadis-ghadis sunti, cukuplah aku bertemu dengan rakan-rakan blogger di tanah selatan ni.
Hasil tembakan di tapak pementasan teater monodrama semalam bisa dilihat di SINI.
Aku masih terdiam membisu. Sambil memadam suatu yang bukan jadi milik aku. Segala yang masih aku rasa itu ku rasa tawar belaka. Bukan kurang gula, tapi itulah. Kerana rasa jiwa tidak sama seperti selalu.
Kalau ini kali terakhir, biar ia berakhir terus. Tidak ada yang keempat atau kelima. Noktah. Noktah.








Recent Comments