Free traffic to your website? You can run your own ads in other people's timelines FREE !
Powered by MaxBlogPress  

P.r.o.j.e.c.t. R.a.s.s.o.


Happy New Year 1430H & 2009M

Posted on January 2nd, 2009

Sejak modem di rumah di panah petir. Mood untuk berinternet makin susut sedikit.

Dan sekarang, balik-balik dari Kuching tempoh hari pun modem tu masih tak siap-siap repair lagi.

Hari ini dah aku dah berada di Labuan. Adik aku kat rumah tu dah masam je, seminggu lebih dah dia tak leh nak online.

Apapun, kalau aku balik minggu depan ke Limbang maybe boleh la gi jumpa techician tu.

So, wish everybody happy new year. Tahun baru ni banyak lembaran baru yang mau dilukis.

p/s: Aku takde mood langsung bila benda yang aku tak suka, disuruh paksa rela untuk dilakukan. Tahun baru yang sungguh tak best.

Tags: , , ,
Filed under: Wilayah Persekutuan Labuan, life, personal | 11 Comments »


Celcom Blue Baru

Posted on December 19th, 2008

Nombor Celcom Blue yang aku beli dua minggu lepas,  setakat ni adik aku je tahu. Dah lebih 20 nombor; incoming calls dan berapa banyak puluh; missed calls yang bajet aku ni awek.

Apatah lagi SMS yang masuk hari-hari.

Hampeh je Celcom recycle nombor yang aku beli.

Sekarang aku syak, mesti awek yang punye nombor Celcom ni dulu punya ramai peminat lelaki.

Dia mungkin seorang yang cantik.

Tak koser nyah nak layan uols nye SMS!

Lupa plak nak bagitau… awek yang pernah pakai nombor ni nama dia Nurul apa tah…

Tags: , , , , , , , , , ,
Filed under: Limbang, Sarawak, life, stress | 9 Comments »


Gossip Dapur # Helah Tukar Topik

Posted on December 17th, 2008

Emak sedang memasak di dapur. Aku pun turut campur tangan membuat kerja-kerja memasak ni.

Salah satu teknik untuk memulakan bicara. Buat-buat sibuk sambil tolong buat itu ini. Goreng itu dan ini, masuk itu dan ini.

Aku pun mula bertanya, “Mak… kalau ada orang nak kan kita macam mana?” Sambil sengih-sengih goreng ikan yang masih lum garing ni.

“Eh… eh… Jangan tah dulu kan kahwin. Usin pun alum ada.” Emak.

“Kalau tunang?”

“Nanti lah. ” Emak jawab ringkas.

“Adehh!” Aku terjerit sebab minyak masak terpercik kat tangan sedang-sedang membalik ikan.

Sebenarnya helah je tu. Ha ha ha.

p/s: Usin - Duit; alum - belum

Tags: , , , , , , , , , ,
Filed under: Limbang, Sarawak, eat, life, personal | 7 Comments »


Lima Belas ‘K’

Posted on December 13th, 2008

Kawan aku yang dah jadi fisioterapis di Sibu ajak aku ngeteh sedang-sedang aku shot pengantin. “Lan, jom minum.” Aku angkat telefon genggam aku sambil menembak pengantin di kepelaminan.

Shot pengantin ni, nanti dah selesai aku pergi sana.” Terus aku end call dan hantar SMS kat kat kawan aku tu sebab lupa tanya ngeteh di mana. “Di mana minum?”

“Kedai Mamat Tomyam.” Dia balas.

Selesai shot aku pecut ke rumah, sembahyang; then pecut ke kedai tu.

Sampai sana aku order teh tarik. Aku tanya kawan aku yang baru balik dari Kota Kinabalu. “Amacam meeting ngan bakal bapa mertua? Berapa dia minta?”

Kawan aku tepuk dahi, “Lima belas ‘K’ kaban… nda uleh ku ya!” sedikit tersasul cakap dayak.

“Perghhh… Patutlah rambut ko pacak je sejak balik dari KK ni.” Aku.

Tags: , , , , ,
Filed under: Limbang, Sarawak, awek, friends, life | 9 Comments »